9HB JANUARI 2018

Pada 9hb Januari 2018. Sebelum memulakan pembelajaran sebanyak 2 kumpulan telah membentangkan sebuah pembentangan tentang perlembagaan malaysia iaitu Kewarganegaraan dan Peruntukan Pertama Perlembagaan.
Seterusnya, setelah habis pembentangan, dua kumpulan tersebut berada di sesi soal jawab dimana seluruh kelas tersebut perlu menyoal apa yang berkaitan dengan tajuk yang diberi.

setelah sesi soal jawab tamat. Pensyarah telah menerangkan tentang topik baru untuk minggu ini iaitu komponen utama sistem kerajaan malaysia.


Sistem kerajaan malaysia ini terbahagi kepada satu topik dan tiga subtopik iaitu majlis raja-raja disertai Badan pendtabiran ,Badan perundangan dan Badan kehakiman. majlis raja-raja ialah majlis  yang terdiri daripada sembilan orang raja Melayu dan empat orang Yang di-Pertua Negeri.

2.      Pemangku raja bagi negeri Yang di-Pertuan Agong akan mewakili negeri baginda dalam Majlis Raja-raja.

3.      Yang di-Pertuan Agong hanya menganggotai Majlis Raja-raja
a)      pada hari kedua masyuarat Majlis Raja-raja
b)      sewaktu mempertimbangkan hal-hal agama Islam, amalan adat istiadat, dan hal-hal berkaitan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, atau kebesaran raja-raja.

4.      Tempat raja atau Yang di-Pertua Negeri dalam Majlis Raja-raja boleh diwakili oleh orang lain jika terdapat peruntukan dalam perlembagaan negeri itu.

Dalam badan pendtabiran, YDPA bertindak sebagai Ketua Negara atau Ketua Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan kuasa tertentu kepada baginda.

Badan perundangan pula merupakan badan yang berkuasa untuk gubal dan lulus negara komponen parlimen seperti YDA , Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan badan kehakiman merupakan badan yang bertanggungjawab mentafsir dan melaksanakan undang undang. Badan ini juga dikenali sebagai sistem perundangan dan ahlinya terdiri dari para hakim dan majistret yang biasannya dilantik oleh ketua negara masing-masing.Mereka juga biasanya menjalankan tugas di mahkamah dan bekerjasama dengan pihak berkuasa terutamanya polis dalam menegakkan undang-undang.
Sekian,Terima kasih.

Dikarang oleh Nasril Bin Marsono

Comments

Popular posts from this blog

Jenis-Jenis Sekolah Di Malaysia

JENIS-JENIS MAHKAMAH DI MALAYSIA

Menteri-Menteri Wanita