12 HB FEBRUARI 2018

Pada 12hb Februari 2018, pensyarah telah memberikan tajuk untuk kami sekelas melakukan sebuah pembentangan tentang dasar pembangunan di Malaysia. Group kami telah mendapat sebuah tajuk tentang Pelan Tindakan Pembangunan Belia.




        Golongan belia dikategorikan kepada golongan berumur antara 15 – 40 tahun dan meliputi 42% daripada jumlah 20 juta penduduk Malaysia. Walaubagaimanapun, dari segi strategi pelaksanaan program dan orientasi aktiviti, tumpuan utama ialah mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun. Golongan ini merupakan tenaga penggerak dalam bidang politik, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.

            Memandangkan belia memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan sebagai bakal pemimpin Negara, usaha bagi mewujudkan organisasi belia yang mantap dan sistematik amatlah diperlukan. Dasar Program Induk Belia Negara dilancarkan pada bulan Jun 1991. Belia merupakan separuh daripada penduduk di Malaysia. Kemajuan Belia merupakan kemajuan negara.

Matlamat dasar ini ialah “Membina Belia Untuk Kesejahteraan Negara” atau tgujuan lain iaitu seperti slide telah kami bentangkan:

Selain itu KBS juga mempunyai objektif yang perlu dilaksanakan untuk semua pembangunan yang telah diwujudkan oleh mereka. Antara objektif tersebut ialah :


i.   Memupuk keperibadian belia dengan memberi penekanan terhadap aspek kepimpinan dan kesukarelawanan, berakhlak mulia & berpengetahuan luas.


ii.  Mendorong penyertaan belia dalam pembangunan negara, di samping memandu mereka ke jalan yang searah dengan prinsip Rukun Negara.

iii.   Menjadikan belia sebagai teras integrasi nasional.

iv.   Belia dianggap benteng pertahanan ekonomi dan sosio politik negara.

v.    Memajukan belia.

vi.   Membangunkan sosioekonomi golongan belia selain memperkukuh perpaduan dan keselamatan negara.

Selain itu, terdapat 11 teras yang telah diterapkan oleh KBS untuk memberi semangat kepada belia untuk terus menyokong program yang telah diwujudkan. Antaranya :




















       Kesimpulannya, Dasar Belia Negara adalah panduan yang dapat memberi peluang dan ruang kepada semua pihak dalam merancang dan melaksanakan program untuk memperkasa pembangunan belia.

Dikarang oleh : Mohd Alfiad Bin Madin

Comments

Popular posts from this blog

Jenis-Jenis Sekolah Di Malaysia

JENIS-JENIS MAHKAMAH DI MALAYSIA

Menteri-Menteri Wanita