ISU PERKAUMAN
PENGENALAN
Di Malaysia,telah banyak berlaku isu-isu
perkauman yang membawa kepada kesan negatif terhadap bangsa yang berbilang kaum
yang terdapat di negara kita.
Isu di atas dapat dikaitkan dengan
sebuah peristiwa yang pernah menggegarkan dunia tanah air kita iaitu Peristiwa
13 Mei.Peristiwa ini adalah berpunca daripada rusuhan kaum yang berlaku dan
kemuncak masalah perpaduan di Malaysia sehingga telah mengakibatkan kehilangan
nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan “Pilihan Raya
Umum 1969”.Ia merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Perkauman membawa maksud tidak suka atau
sikap tidak bertoleransi daripada satu bangsa terhadap bangsa yang lain atau di
dalam sesebuah sekumpulan orang.
Pentingnya kita dalam menangani isu
perkauman yang melanda negara kita adalah demi memartabatkan kesejahteraan
negara yang telah diperjuangkan oleh nenek moyang kita yang bermati-matian
sejak berkurun lama dahulu lagi. Sebagai contoh isu perkauman yang masih wujud lagi di Malaysia adalah seperti berikut:
SIPITANG: Pembangkang di negeri ini yang
memainkan isu agama dan perkauman bagi menarik sokongan rakyat wajar dikenakan
tindakan undang-undang.
Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Sapawi
Ahmad menyifatkan tindakan pembangkang yang memainkan isu berkenaan hanya untuk
menarik sokongan selain masih muda dalam politik.
"Pembangkang tidak sepatutnya
meraih publisiti murahan untuk mendapat sokongan rakyat kerana setiap kaum di
Sabah memainkan peranan penting ke arah membangunkan negeri ini.
"Pihak yang memainkan isu ini dalam
politik wajar dikenakan tindakan undang-undang agar perkara ini tidak berulang
dan bagi kita di Sabah peranan serta sumbangan setiap kaum tidak dapat
dinafikan, sebab itu isu kaum tidak boleh disentuh semata-mata untuk meraih
publisiti murahan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui
media selepas merasmikan Seminar Memperkasa Wanita Umno Sipitang di Dewan
Serbaguna Sipitang, hari ini.
Baru-baru ini seorang pemimpin kanan
pembangkang menggunakan isu sensitif untuk meraih sokongan ketika berucap dalam
satu program di Matunggong.
Sapawi yang juga Pengarah Yayasan Sabah
berkata, tindakan pemimpin kanan pembangkang itu juga memperlihatkan parti
tersebut tidak mempunyai modal politik lain dan tiada dasar perjuangan yang
mampu menjamin kestabilan dan keamanan.
"Sebagai parti yang baru
menampilkan diri dan bertanding dengan sebuah kerajaan yang kukuh seperti
Barisan Nasional, mereka seharusnya meletakkan reputasi yang terbaik dari segi
manifesto, asas, dasar dan bukan sekadar retorik bahasa," katanya.
Sumber Astro Awani.
Dikarang Oleh : Syukri Haziq Bin Khamrul Haizam
Dikarang Oleh : Syukri Haziq Bin Khamrul Haizam
Comments
Post a Comment