JENIS-JENIS MAHKAMAH DI MALAYSIA






JENIS-JENIS MAHKAMAH DAN PERANANNYA
1) Mahkamah Agung

Peranan
 - Merupakan mahkamah yang tertinggi di Malaysia.
- Dikenali juga sebagai Mahkamah Persekutuan
- Mempunyai kuasa untuk menyelesaikan pertikaian antara kerajaan Negeri dengan kerajaan Persekutuan
- Berkuasa menentukan pengesahan
bagi undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
- Merupakan mahkamah tertinggi mendengar kes-kes rayuan dari Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi
- Kes-kes rayuan meliputi kes sivil dan kes jenayah
- Kes sivil yang nilai tuntutannya kurang daripada RM 250,000 tidak boleh membuat rayuan di mahkamah ini

2) Mahkamah Rayuan

Peranan
- Membincangkan kes rayuan bagi kes jenayah sahaja
- Jika dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan, kes sivil boleh dibicarakan jika nilainya tidak kurang daripada RM 250,000
- Kes-kes jenayah yang dirujuk di sini juga meliputi  kes yang telah dikenakan oleh Mahkamah Tinggi

3) Mahkamah Tinggi

Peranan
- Mempunyai kuasa membicarakan apa sahaja kesalahan yang dilakukan oleh warganegara asing yang berada di Malaysia
-Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah
- Kes sivil melibatkan hal-hal penjagaan kanak-kanak dan orang tidak siuman,wasiat,perkahwinan serta penceraian bagi bukan muslim dan kemuflisan.
-Mempunyai kuasa mendengar kes rayuan sivil dari mahkamah rendah yang nilainya melebihi RM 25000
-Bagi kes jenayah,berkuasa mendengar kes rayuan jenayah dari mahkamah rendah yang nilai dendanya melebihi RM 25
-Memberikan nasihat kepada mahkamah rendah mengenai tatacara dan prosiding di mahkamah serta soal2 mengenai perlembagaan

4) Mahkamah Sesyen

Peranan
-Merupakan mahkamah tertinggi dalam komponen mahkamah rendah.
-Membicarakan kes jenayah dan sivil. Kes sivil melibatkan nilai yang tidak melebihi RM250,000
- Kes jenayah membicarakan apa juga jenis kesalahan jenayah,kecuali menjatuhkan hukuman mati
- Menjalankan siasatan awal sebelum seseorang itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Jika ia telah mempunyai bukti yang cukup terhadap tertuduh,ia akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

5) Mahkamah Juvana

Peranan
- Membincangkan kes-kes jenayah bagi mereka yang berumur antara 10 hingga 18 tahun.
- Seseorang kanak-kanak yang didapati bersalah akan dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga mencapai umur 21 tahun.
-Perbicaraan dijalankan secara tertutup

6) Mahkamah Majistret Kelas I

Peranan
- Membincangkan kes-kes jenayah dan sivil
- Kes jenayah melibatkan  hukuman penjara dan hukuman denda
- Hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah ini ialah lima tahun penjara dan denda RM10,000,sebatan 12 kali atau ketiga-tiganya sekali. Walau bagaimanapun,hukuman yang lebih tinggi akan dikenakan sekiranya membicarakan kes-kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952,Akta Kastam 1957 dan Akta Keseksaan 1953.

7) Mahkamah Majistret Kelas II

Peranan
-Kes jenayah,iaitu hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah ini ialah tidak melebihi 12 bulan penjara dan denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
-Kes sivil,iaitu nilai kes tuntutan tidak melebihi RM3,000

8) Mahkamah Tuntutan Kecil

Peranan
- Membicarakan kes tuntutan sivil yang tidak melebihi RM3,000

9)  Mahkamah Penghulu

Peranan
-Merupakan mahkamah yang paling rendah dalam komponen Mahkamah Rendah
-Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah
- Dikendalikan oleh penghulu sesuatu mukim
- Kes sivil,iaitu melibatkan tuntutan nilai tidak lebih daripada RM 50
- Kes jenayah,iaitu melibatkan denda sebanyak RM 25 sahaja
- Rayuan terhadap Mahkamah Penghulu boleh dibuat di Mahkamah Majistret

10) Mahkamah Tentera

Peranan
- Mengendalikan kes yang berkaitan dengan tingkah laku anggota tentera
-Tidak membicarakan kes sivil dan jenayah.
- Antara kesalahan yang dibicarakan di mahkamah ini ialah tidak patuh pada arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa,tidak menjalankan tugas,mengabaikan tugas tanpa mendapatkan kebenaran dan sebagainya.
- Boleh menjatuhkan sebarang hukuman,kecuali hukuman mati yang memerlukan pengesahan Yang di-Pertuan Agong
-Pesalah dari Mahkamah Tentera boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi

11) Mahkamah Khas Raja-raja

Peranan
-Membicarakan kesalahan Yang di-Pertuan Agong dan sultan dalam kes sivil dan kes jenayah yang dilakukan dalam Persekutuan
-Tindakan akan dikenakan terhadap YDPA atau sultan setelah mendapat keizinan Peguam Negara

12) Mahkamah Syariah

Peranan
- Untuk mengadili umat Islam
- Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah
-Kes sivil,iaitu nafkah dan tanggungan perkahwinan,perceraian,wasiat,wakaf,pembahagian harta dan sebagainya
-Kes jenayah,iaitu berjudi,zina,tidak berpuasa,ajaran sesat,berkhalwat,penderaan terhadap isteri atau anak,minum minuman keras dan tidak menunaikan zakat serta fitrah
-Kesalahan yang besar akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah,manakala kesalahan yang kecil akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah
-Mahkamah Syariah Rayuan berperanan mendengar rayuan dari Mahkamah Tinggi Syariah

13) Mahkamah Adat

Peranan
-Membicarakan kes-kes pelanggaran adat oleh suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak.
-Contoh kes seperti pelanggaran adat suku kaum,adat perkahwinan,undang-undang adat,adat-adat keagamaan dan sebagainya

Dikarang oleh: Syed Mubarak Bin Sayed Yahaya

Comments

Popular posts from this blog

Jenis-Jenis Sekolah Di Malaysia

Menteri-Menteri Wanita