MENTERI-MENTERI DI MALAYSIA


Fungsi dan peranan menteri - menteri agensi kerajaan. Antaranya ialah :
  1. Jabatan Perdana Menteri Malaysia – memberi perkhidmatan sokongan kepada warga Jabatan Perdana Menteri     dengan cekap dan berkesan, mengikut aturan dan arahan yang telah ditetapkan
  2.  Kementerian Kewangan Malaysia– mengurus pembangunan ekonomi negara
  3.  Kementerian Dalam Negeri Malaysia – memastikan pengurusan daftar penduduk di negara teratur mengikut   perlembagaan negara
  4.  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan   Malaysia – mengawal hal ehwal perlindungan pengguna
  5.  Kementerian Luar Negeri Malaysia – memastikan kedaulatan dan kepentingan negara Malaysia dilindungi manakala   pandangan Malaysia dinyatakan dengan jelas di peringkat antarabangsa
  6.  Kementerian Pertahanan Malaysia– memelihara kedaulatan, keutuhan, kepentingan dan hak strategik   negara Malaysia ke arah mewujudkan rantau yang aman dan makmur
  7.  Kementerian Pendidikan Malaysia – mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
  8.  Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia – meningkatkan ekonomi luar bandar dan memperbaiki kualiti kehidupan mereka
  9.  Kementerian  Kerja Raya Malaysia– membangun dan memajukan infrastruktur, industri pembinaan dan     perkhidmatan profesional yang berkualiti supaya dapat menyumbang kepada   pertumbuhan ekonomi negara dan berdaya saing di peringkat antarabangsa
  10.  Kementerian Kesihatan Malaysia– membantu individu untuk mencapai satu taraf kesihatan yang baik supaya   membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif 
  11.  Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia-merupakan warisan dari Bahagian Kebudayaan yang diwujudkan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat dalam tahun 1953. Pada tahun 1964, Bahagian Kebudayaan dipindahkan pula di bawah naungan Kementerian Penerangan.      
  12. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) -diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan. Selain itu, ia untuk membina masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta untuk membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan dan pembangunan negara.
  13. Kementerian Luar Negeri Malaysia - Ia ditubuhkan bertujuan untuk mengekalkan hubungan yang harmoni dengan semua negara tanpa mengambil kira ideologi dan sistem politik. Selain itu, ia mengambil pendirian bebas, berkecuali dan berprinsip dalam hal ehwal diplomatik serantau dan antarabangsa. Setrusnya ia juga menjalin hubungan erat dan perkongsian ekonomi dengan semua negara, terutamanya dengan ASEAN dan negara serantau yang lain.
  14. Kementerian Pendidikan Malaysia - ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.
  15. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia - Memacu sektor pelancongan dan kebudayaan sebagai pemangkin pertumbuhan sosioekonomi yang mampan serta memperkasa, memelihara dan memulihara seni, budaya dan warisan negara.
  16. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) - KPT adalah untuk mewujudkan persekitaran pengajian tinggi selain menggalakkan pengembangan pusat ilmu yang unggul dan pembinaan modal insan yang, berketerampilan, berinovasi dan berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan negara dan antarabangsa.
  17. Kementerian Pengangkutan - berperanan melaksanakan dasar-dasar berkaitan pelabuhan serta aktiviti inter sektoral bagi mewujudkan sektor pelabuhan yan​g cekap, berkesan dan kompetitif
  18. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri  - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri  (singkatan MITI, daripada Ministry of International Trade and Industry) ialah sebuah kementerian di bawah kerajaan persekutuan Malaysia. Kementerian ini diberi tanggungjawab menyelia kegiatan perdagangan yang dijalankan oleh Malaysia di peringkat antarabangsa seperti import dan eksport selain menyelaras kegiatan dan dasar-dasar perindustrian negara ini.
  19. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. Penubuhan Kementerian ini adalah untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna.
  20. Kementerian Pertahanan Malaysia - ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk memelihara kedaulatan, keutuhan, kepentingan dan hak strategik negara Malaysia ke arah mewujudkan rantau yang aman dan makmur. Kementerian ini bertanggungjawab untuk melaksanakan Dasar Pertahanan Negara dan segala pengurusan hal ehwal pertahanan, serta sumber-sumber yang diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempertahankan negara.
  21. Kementerian  Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia - Menggubal, merancang dan melaksanakan dasar, strategi dan Program Pembangunan Pertanian.
  22. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia - Untuk merancang, menyelaras dan melaksanakan agenda sosial dan penempatan manusia melalui program perumahan, perancangan dan kawalan pembangunan, perkhidmatan perbandaran dan landskap serta perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang cekap dan berkesan.
  23. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia (singkatan:MPIC) - merupakan sebuah kementerian di dalam kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab terhadap pembangunan industri komoditi utama negara tersebut iaitu minyak sawit, getah, kayu, koko, tembakau, kenaf, lada hitam dan sago. Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, MPIC disokong oleh enam badan berkanun dan lima majlis. Ia juga berfungsi merumuskan dasar-dasar dan strategi pembangunan untuk keseluruhan sektor perladangan dan komoditi serta menyelia agensi-agensi di bawahnya dengan menyelaras pelaksanaan program-program perladangan dan komoditi.
  24. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia - Kementerian ini dipandukan oleh misinya untuk meningkatkan persaingan Malaysia dalam bidang sains dan teknologi supaya rakyat Malaysia menjadi bangsa yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dan terus komited terhadap pengurusan alam sekitar untuk jangka masa panjang.
  25. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar - Menerajui Pengurusan Sumber Asli Dan Pemuliharaan Alam Sekitar Secara Berkekalan
  26. Kementerian Sumber Manusia Malaysia - ialah sebuah kementerian di Malaysia yang menguruskan dan membangunkan sumber tenaga pekerja.
  27. Kementerian Wilayah Persekutuan - diwujudkan pada tahun 1979 untuk menjalankan tugas dan fungsi sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969. Pada masa itu, Kementerian Wilayah Persekutuan juga berfungsi sebagai penyelaras perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur dan kawasan Lembah Klang selaras dengan penubuhan satu Majlis Perancangan Wilayah Lembah Klang dan Jawatankuasa Kerja Perancangan Wilayah Lembah Klang.
Dikarang oleh Nasril Bin Marsono

Comments

Popular posts from this blog

Jenis-Jenis Sekolah Di Malaysia

JENIS-JENIS MAHKAMAH DI MALAYSIA

Menteri-Menteri Wanita