Posts

Showing posts from 2018

PENGENALAN

PENGENALAN Group ini ditubuhkan untuk menulis tentang maklumat-maklumat atau isi-isi penting berkaitan subjek pengajian malaysia. Selain itu berkongsi tentang apa jua yang telah dipelajari oleh kami.Nama group Laki-Laki yang telah kami pilih untuk menjadi nama blog kerana di dalam kelas tesebut iaitu DIB1A yang hanya mempunyai 4 orang sahaja lelaki. BIODATA DIRI Nama: Nasril Bin Marsono No Metrik : 30DIB17F2016 Nama: Syed Mubarak Bin Sayed Yahaya No Metrik: 30DIB17F2018 Nama:Syukri Haziq bin Khamrul Haizam No Metrik:30DIB17F2013 Nama: Mohd Alfiad Bin Madin No Metrik: 30DIB17F2007

Bunga Kebangsaan Malaysia

Image
OLEH SYED MUBARAK

Lagu kebangsaan Malaysia

Image
OLEH MOHD ALFIAD BIN MADIN

12 HB FEBRUARI 2018

Image
Pada 12hb Februari 2018, pensyarah telah memberikan tajuk untuk kami sekelas melakukan sebuah pembentangan tentang dasar pembangunan di Malaysia. Group kami telah mendapat sebuah tajuk tentang Pelan Tindakan Pembangunan Belia.         Golongan belia dikategorikan kepada golongan berumur antara 15 – 40 tahun dan meliputi 42% daripada jumlah 20 juta penduduk Malaysia. Walaubagaimanapun, dari segi strategi pelaksanaan program dan orientasi aktiviti, tumpuan utama ialah mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun. Golongan ini merupakan tenaga penggerak dalam bidang politik, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.             Memandangkan belia memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan sebagai bakal pemimpin Negara, usaha bagi mewujudkan organisasi belia yang mantap dan sistematik amatlah diperlukan. Dasar Program Induk Belia Negara dilancarkan pada bulan Jun 1991. Belia merupakan separuh daripada penduduk di Malaysia. Kemajuan Belia merupakan kemajuan negara. Matlam

MENTERI-MENTERI DI MALAYSIA

Image
Fungsi dan peranan menteri - menteri agensi kerajaan. Antaranya ialah : Jabatan Perdana Menteri Malaysia – memberi perkhidmatan sokongan kepada warga Jabatan Perdana Menteri     dengan cekap dan berkesan, mengikut aturan dan arahan yang telah ditetapkan  Kementerian Kewangan Malaysia– mengurus pembangunan ekonomi negara   Kementerian Dalam Negeri Malaysia – memastikan pengurusan daftar penduduk di negara teratur mengikut    perlembagaan negara   Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan   Malaysia – mengawal hal ehwal perlindungan pengguna   Kementerian Luar Negeri Malaysia – memastikan kedaulatan dan kepentingan negara Malaysia dilindungi manakala    pandangan Malaysia dinyatakan dengan jelas di peringkat antarabangsa   Kementerian Pertahanan Malaysia – memelihara kedaulatan, keutuhan, kepentingan dan hak strategik    negara Malaysia ke arah mewujudkan rantau yang aman dan makmur   Kementerian Pendidikan Malaysia – mewujudkan sistem peperiksaan y

Jenis-Jenis Sekolah Di Malaysia

Image
Sekolah Kebangsaan & Sekolah Menengah Kebangsaan Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Sekolah Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah manakala Sekolah Menengah Kebangsaan adalah salah satu jenis sekolah menengah. Sekolah Jenis Kebangsaan Bahasa Cina atau Bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar. Sekolah Jenis Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah. Dari tahun 1995 hingga 2000, pengagihan Rancangan Malaysia Ketujuh membahagikan 96.5% kepada Sekolah Kebangsaan yang hanya mempunyai 75% daripada pelajar sekolah rendah. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (21% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 2.4% daripada pengagihan manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (3.6% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 1% daripada pengagihan. Sekolah Wawasan Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adala

ISU PERKAUMAN

Image
PENGENALAN Di Malaysia,telah banyak berlaku isu-isu perkauman yang membawa kepada kesan negatif terhadap bangsa yang berbilang kaum yang terdapat di negara kita. Isu di atas dapat dikaitkan dengan sebuah peristiwa yang pernah menggegarkan dunia tanah air kita iaitu Peristiwa 13 Mei.Peristiwa ini adalah berpunca daripada rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia sehingga telah mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan “Pilihan Raya Umum 1969”.Ia merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Perkauman membawa maksud tidak suka atau sikap tidak bertoleransi daripada satu bangsa terhadap bangsa yang lain atau di dalam sesebuah sekumpulan orang. Pentingnya kita dalam menangani isu perkauman yang melanda negara kita adalah demi memartabatkan kesejahteraan negara yang telah diperjuangkan oleh nenek moyang kita yang bermati-matian sejak berkurun lama dahulu lagi.  Sebagai contoh isu perkauman

9HB JANUARI 2018

Image
Pada 9hb Januari 2018. Sebelum memulakan pembelajaran sebanyak 2 kumpulan telah membentangkan sebuah pembentangan tentang perlembagaan malaysia iaitu Kewarganegaraan dan Peruntukan Pertama Perlembagaan. Seterusnya, setelah habis pembentangan, dua kumpulan tersebut berada di sesi soal jawab dimana seluruh kelas tersebut perlu menyoal apa yang berkaitan dengan tajuk yang diberi. setelah sesi soal jawab tamat. Pensyarah telah menerangkan tentang topik baru untuk minggu ini iaitu komponen utama sistem kerajaan malaysia. Sistem kerajaan malaysia ini terbahagi kepada satu topik dan tiga subtopik iaitu majlis raja-raja disertai Badan pendtabiran ,Badan perundangan dan Badan kehakiman. majlis raja-raja ialah majlis  yang terdiri daripada sembilan orang raja Melayu dan empat orang Yang di-Pertua Negeri. 2.      Pemangku raja bagi negeri Yang di-Pertuan Agong akan mewakili negeri baginda dalam Majlis Raja-raja. 3.      Yang di-Pertuan Agong hanya menganggotai Majlis Raja-raja

Menteri-Menteri Wanita

Image
Menteri-Menteri wanita di Malaysia 1.Fatimah Hashim Menteri Kebajikan Masyarakat 1970 2. Aishah Ghani Menteri Kebajikan Umum 1973 3. Rafidah Aziz Menteri Perdagangan Awam 1980 4. Napsiah Omar    Menteri Perdagangan Awam 1987 5. Zaleha Ismail Menteri Perpaduan Nasional dan Pembangunan Sosial 1995 6. Siti Zaharah Sulaiman Menteri di Jabatan Perdana Menteri 1999 7. Shahrizat Abdul Jalil Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga 2001 8. Azalina Othman Said Menteri Belia dan Sukan 2004 9. Ng Yen Yen Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2008 10. Nancy Shukri Menteri di Jabatan Perdana Menteri 2013 11. Rohani Abdul Karim  Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2013 Dikarang oleh : Mohd Alfiad Bin Madin

Perpaduan dan integrasi nasional

Image
Assalalammualaikum dan Selamat Sejahtera,              Pada 29 Januari 2018, pelajar DIB1 telah mempelajari tentang perpaduan dan integrasi nasional. Perpaduan merupakan tunjang dan tonggak utama kestabilan dan keharmonian sesebuah negara majmuk yang mempunyai masyarakat dari pelbagai latar belakang, agama, warna kulit dan etnik. Seterusnya, konteks perpaduan mempunyai pelbagai konsep dan tahap. Tahap yang dapat diketengahkan adalah tahap hubungan etnik di Malaysia. Sedia maklum, masyarakat malaysia terbahagi dan datang dari pelbagai latar belakang. Samada bumiputera atau bukan, kita berkongsi nikmat keamanan dan keharmonian bersama.      Tahap yang pertama, ia dikenali segregasi. Formula bagi segregasi ialah A/B/C yang memperlihatkan adanya tembok pemisah antara etnik-etnik.          Kedua, ialah akomodasi. Dalam konteks negara Malaysia, masyarakat Melayu, Cina dan India tetap mengamalkan dan mempertahankan budaya hidup masing-masing.            Ketiga, ia