Perpaduan dan integrasi nasional

Assalalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

             Pada 29 Januari 2018, pelajar DIB1 telah mempelajari tentang perpaduan dan integrasi nasional. Perpaduan merupakan tunjang dan tonggak utama kestabilan dan keharmonian sesebuah negara majmuk yang mempunyai masyarakat dari pelbagai latar belakang, agama, warna kulit dan etnik. Seterusnya, konteks perpaduan mempunyai pelbagai konsep dan tahap. Tahap yang dapat diketengahkan adalah tahap hubungan etnik di Malaysia. Sedia maklum, masyarakat malaysia terbahagi dan datang dari pelbagai latar belakang. Samada bumiputera atau bukan, kita berkongsi nikmat keamanan dan keharmonian bersama. 


    Tahap yang pertama, ia dikenali segregasi. Formula bagi segregasi ialah A/B/C yang memperlihatkan adanya tembok pemisah antara etnik-etnik. 


        Kedua, ialah akomodasi. Dalam konteks negara Malaysia, masyarakat Melayu, Cina dan India tetap mengamalkan dan mempertahankan budaya hidup masing-masing. 


          Ketiga, ialah akulturasi. Di Malaysia, ia diterjemahkan sebagai penerimaan unsur kebudayaan dalam kelompok individu atau kelompok dari budaya yang lain. 



          Keempat, ialah asimilasi. Ia merupakan proses pencantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehinggan membentuk satu kelompok budaya dan identiti yang sama. Dan akhir sekali, ialah amalgamasi. Ia adalah satu proses yang terjadi apabila budaya atau kaum bercampur dan mewujudkan budaya dan identiti yang baru. Semoga melalui pembelajaran dan penerangan ini, rakyat malaysia khusunya di dalam kalangan mahasiswa yang juga generasi peneraju negara dapat menghayati dan menerapkan sikap bersatu padu antara etnik dan agama. Tuntasnya, kerana perpaduan merupakan peneraju utama kemajuan negara. Sekian Terima Kasih. 

Dikarang dan disediakan oleh:
Syukri Haziq Bin Khamrul Haizam
30DIB17F2013

Comments

Popular posts from this blog

Jenis-Jenis Sekolah Di Malaysia

JENIS-JENIS MAHKAMAH DI MALAYSIA

Menteri-Menteri Wanita