Posts

Showing posts from February, 2018

Perpaduan dan integrasi nasional

Image
Assalalammualaikum dan Selamat Sejahtera,              Pada 29 Januari 2018, pelajar DIB1 telah mempelajari tentang perpaduan dan integrasi nasional. Perpaduan merupakan tunjang dan tonggak utama kestabilan dan keharmonian sesebuah negara majmuk yang mempunyai masyarakat dari pelbagai latar belakang, agama, warna kulit dan etnik. Seterusnya, konteks perpaduan mempunyai pelbagai konsep dan tahap. Tahap yang dapat diketengahkan adalah tahap hubungan etnik di Malaysia. Sedia maklum, masyarakat malaysia terbahagi dan datang dari pelbagai latar belakang. Samada bumiputera atau bukan, kita berkongsi nikmat keamanan dan keharmonian bersama.      Tahap yang pertama, ia dikenali segregasi. Formula bagi segregasi ialah A/B/C yang memperlihatkan adanya tembok pemisah antara etnik-etnik.          Kedua, ialah akomodasi. Dalam konteks negara Malaysia, masyarakat Melayu, Cina dan India tetap mengamalkan dan mempertahankan budaya hidup masing-masing.            Ketiga, ia